8 September 2009

ARKIB : 28/08/2009
Terjemahkan buku saintifik dalam Bahasa Melayu

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD dan MOHD. NOR FITRI AFFENDI MUSTAFA
pengarang @utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid menyarankan agar bahan bacaan saintifik di negara ini diterjemahkan ke bahasa Melayu (BM) bagi meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan rakyat dalam bidang tersebut.

Katanya, negara maju seperti Jepun telah lama menggunakan bahasa ibundanya dalam setiap bidang saintifik.
Katanya, jika dibandingkan dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah lain, bidang saintifik masih kurang di dalam bahasa Melayu.
''Terjemahan itu membolehkan kita lebih memahami dan menguasai bidang tersebut secara menyeluruh,'' katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pilihan Pembaca 2009 anjuran Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Popular Holding Limited, Vangat Ramayah.
Tambah Ungku Aziz, selain dapat menguasai bidang berkenaan sepenuhnya, bahasa Melayu juga boleh dimartabatkan setaraf dengan bahasa asing lain
''Saya berharap agar anugerah ini ditambah satu lagi kategori khusus kepada bidang saintifik agar dapat memupuk minat membaca di kalangan orang ramai terhadap bidang tersebut,'' katanya
Anugerah berkenaan diadakan sempena Pesta Buku Malaysia 2009 yang berlangsung selama sembilan hari sehingga 31 Ogos ini
Ia dianjurkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang masing-masing dibahagikan kepada kategori buku fiksyen dan bukan fiksyen.
Antara buku yang menerima anugerah utama adalah Dr. Mahathir Selected Letters To World Leaders tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdullah Ahmad serta Lovers and Strangers Revisited tulisan Robert Raymer bagi kategori bahasa Inggeris.
Bagi kategori bahasa Melayu, buku Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah dan Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif tulisan Dr. Tengku Asmadi terpilih menerima anugerah.

Sekilas...

Andaiku kalah dalam perjuangan ini, ke manakah harus kubawa diri ini?
Andaiku tenggelam di lautan perjuangan ini, haruskah kuberenang ke tepian?
Andaiku hilang pedoman dalam mengenal erti perjuangan ini, ke manakah harusku cari panduan?