27 Ogos 2009

FUNGSI BAHASA MELAYU

Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi
perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap
kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat
mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa
kebangsaan.

Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, Bahasa
Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi
bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem
pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa
kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian.
Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah
negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula
kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.

Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana
beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya
mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa
rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam
urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.

Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Untuk
itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970.
Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah
kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkatperingkat.
Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di
sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan
mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira
kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.

Bahasa MalaysiaBahasa KebangsaanBahasaMelayuKepulauan Melayuabad ke7mudah
dipertuturkanlingua franca.

Perkara 152 Perlembagaan PersekutuanDasar Pelajaran Kebangsaan

Sekilas...

Andaiku kalah dalam perjuangan ini, ke manakah harus kubawa diri ini?
Andaiku tenggelam di lautan perjuangan ini, haruskah kuberenang ke tepian?
Andaiku hilang pedoman dalam mengenal erti perjuangan ini, ke manakah harusku cari panduan?